Friday, July 13

DIY Doilys Paper

Ok now mood B2B I da sampai, so ngan pantas I nak share something with u guys. Even I baru sampai perth, then sangat penat, sangat busy and also semua sangat2 memandangkan demi apa yang I suka I tolak tepi semuanya. Huhu miang x saya? Ok update for today about my DIY Doilys Paper for all guest yang hadir wedding I nanti. I da pening da fikir macam2 utk bagi for those yang hadir wedding tu apa. Atlast I make my dizzy frenzy decision to make "Doilys Paper Beg Set" as my give to all. Apa yang I nak put inside tu surprise kena datang baru tahu apa nanti. Hehe. Here I masukkan serba sedikit about this DIY ok.








Comel x? nice right? All this I bought by online, 500 pcs for doilys paper + brown paper bag only RM70, I donno either murah ke mahal but pada I, its fine. Lagipun I x ada masa nak ke sana sini dah sekarang, huhu so apa yang agak2 murah grab j lorh. Huhu I love all this kind of things so satle 1 bab lg, another bab next I'll upload ok. Doa semua semoga urusan kita dimudahkan sebelum dan selepas nikah. Amin...


LOL : Belle Said

Thx to Allah

Alhamdulillah untuk hari ini, semua urusan dimudahkan. Thx to Allah sebab banyak membantu dan mendengar doaku lalu memakbulkannya. Sangat syukur. Tak bisa ku ungkap dengan kata hanya sujud syukur penunjuk segalanya.

Wednesday, July 11

Silent without any words

Ya Allah peritnya ujian-MU ini.
Sakit dada hamba-MU terpaksa menelan hempedu yang pahit.
Aku bermohon agar kepahitan yang aku telan ini memberi kemanisan buat semua kelak.
Andai benar antara kami memang tiada jodoh, ENGKAU tabahkanlah hati ku serta keluargaku.
ENGKAU tutuplah aib kami sekeluarga daripada malu.
Terkadang aku tertanya, mengapa ujian ini KAU beri kepadaku dan bila aku renung setajamnya, ya KAU berikan ini semua kepadaku kerana KAU tahu aku mampu.
Ya Allah, aku cuma bermohon agar ketabahan hati kami sekeluarga dapat redha atas segalanya.
Benar kata orang mencintai manusia memang indah tapi sangat perit bila kita kehilangannya kelak.
Lagi perit bila pemergian dia tanpa kerelaan hati.
Ya, aku akui atas segala khilafku pada-MU dan aku mengaku segala kesilapan yang aku lakukan ke atas dia namun KAU sahaja yang mampu merubah setiap hati dan perasaan ini.
Bantulah aku, aku bersujud kepada-MU Ya Rabb.
Hari-hari yang aku lalui semakin suram kerana pelangi hidupku telah tenggelam dengan kesalahan diriku sendiri.
Ketabahan dihatiku hanya ada kerana-MU.

Masih x tidur siapkan semua kerja :(

Tuesday, July 10

Bermohon.


Aku ingin mencintai dia, setulusnya, sebenar-benar dan ya aku cinta kepada dia.
Dalam doa, dalam ucapan, dalam setiap langkahku. Aku ingin mendekati dia untuk selamanya x kira dalam apa jua keadaan sekalipun. Sehina apapun diriku, aku sentiasa berharap untuk bertemu dengannya kerana aku yakin dengan segala ujian dari-MU Ya Rabb.

Ya Allah, andai benar dia tercipta buatku, kau satukanlah hatinya dengan hatiku. Engkau lembutkanlah hati dia untuk memaafkan aku dan kau bukakanlah pintu hatinya untuk menerimaku kembali seperti dahulu.

Ya Rabb, andai ujian-MU y sukar dan perit ini memberi kepahitan buatku dan dia hari ini, aku sentiasa berdoa agar ada kemanisannya dikemudian hari.

Amin Ya Rabbal Alamin...