Wednesday, March 21

*

I Love My Family

Pedoman

To: B2B
 
Cara wanita menambat hati lelaki (suami)
6 Pedoman buat wanita:
  1. Memahami hakikat lelaki (terimalah lelaki sebagai sediakala)
  2. Fahami lelaki agar dia memahami kita sebagai wanita
  3. Mengubah perangai (kita tak mampu mengubah siapa-siapa melainkan mereka merubah diri sendiri namun kita hanya boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada kita)
  4. Memberi untuk menerima
  5. Percaya untuk dipercayai (kalau kita sendiri tak percaya pada pasangan kita, jangan haraplah pasangan kita percaya pada kita)
  6. Sifat negatif membuahkan kesan negatif (ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap suaminya serta ada juga yang suka mendesak dan pelbagai lagi, jika kita seperti demikian kita bukan seorang wanita yang bijak. kita juga penyebab kenapa suami kita tertekan. oleh sebab tekanan itu suami akan bermasam muka, untuk mengelakkan ianya berlaku kita sebagai wanita yang perlu berubah)
* Ianya hanya sebagai perkongsian dari apa yang saya baca, serta peringatan buat diri saya sendiri juga untuk dipraktikkan buat bakal suami nanti. Insyallah. 

Tuesday, March 20

Kau & Aku

Aku memerlukan seseorang yang boleh memahami aku. Dalam buku ilmiah yang aku baca kebanyakannya akan mengatakan bahawasanya kehadiran seseorang isteri mahupun suami dalam perhubungan pernikahan itu adalah untuk mengisi kekosongan yang ada antara mereka berdua. Ada juga yang mengatakan kehadiran itu akan diisi oleh pasangan untuk menguatkan semangat apabila salah seorang darinya jatuh untuk dibangkitkan kembali. Namun mengapa tiba-tiba aku berperasaan bahawasanya sukar untuk kau fahami aku, mengapa sukar untuk kau mengerti aku. Hahaha mcm lagu plak, cukup-cukuplah bella layan perasaan LORL kau tu.
*Lazy evening monday with dizzy fenzy
Cinta tak kenal paras rupa namun cinta menitik beratkan mengenai kejujuran. Bukan sengaja terjadinya penolakkan namun keperluan yang penting dalam sesuatu perhubungan itu yang harus diketahui dan mengerti adakah pemergian dari hidup itu adalah salah pihak yang berangkai atau salah diri sendiri. First of all, before blame to others please ask your self "it is our fault?".
Kejujuran tu memang amat menyakitkan namun demi kebaikan dan permulaan yang baik dalam sesuatu perhubungan tu kita terpaksa telan walaupun ianya sangat pahit.

Kosong

Dunia akan menjadi kosong tanpa wanita, wanita juga dijadikan sebagai pasangan lelaki untuk memperkembangkan keturunan. Kelahiran seorang wanita itu memang dinanti-nantikan untuk mengubat kesunyian hati seorang lelaki iaitu Nabi Adam, oleh itu Allah telah menjadikan Siti Hawa sebagai teman daripada tulang rusuknya sendiri. Begitulah Allah memulakan kehidupan seorang wanita, ianya untuk melengkapi kehidupan di dunia ini bagi seorang lelaki. Malahan, wanita juga menjadi teman rapat lelaki yang perlu dipimpin kehidupannya dengan penuh kebijaksanaan dan berhati-hati oleh lelaki.

Monday, March 19

*

Happy Sunday Guys :D

Teringat

Hasil tangan ketika dirisik other day buat pihak lelaki.

Teringat pulak tiba-tiba hari dirisik hari tu, sungguh tak percaya apabila aku sudah menjadi suku (*haha boleh pulak main suku-suku ye) daripada pihak seorang lelaki yang bakal menjadi imam dalam hidupku kelak, Insyallah. Pada masa sama jugak aku teringat cara pengenalan kami yang sangat unik serta kelakar. One fine day, Insyallah aku akan kongsikan dengan semua cara pengenalan kami yang amat singkat yang sehingga kini sukar untuk percaya kerana kesingkatan itu jugalah kami bakal bernikah tidak lama lagi. Huhu.


Mood: Gedik + Gatal