Sunday, April 1

Buatmu bakal bergelar suamiku.
Kiranya aku jatuh cinta padamu, itu kerana aku jatuh cinta pada kesederhanaanmu, dan kiranya aku membenci dirimu, tidak bermakna aku membenci dirimu, tetapi aku membenci egomu. Ingatlah wahai Adam, manusia adalah sama, hiris tangan, pastinya darah yang mengalir adalah merah. Hanya Allah yang dapat membezakan hambanya, dan kita sebagai hamba tidak layak untuk membuatpenilaian.
Andainya kamu mencintaiku kerana Allah yang maha Pencipta, sesungguhnya aku belum berpunya, diriku hanyalah untuk DIA. Aku menerima lamaranmu dengan hati yang terbuka, Kiranya ini menambahkan ketaqwaanku pada-NYA. Inilah nota-nota cintaku buatmu lelaki yang akan bergelar suamiku. Insyallah.