Ya Allah peritnya ujian-MU ini.
Sakit dada hamba-MU terpaksa menelan hempedu yang pahit.
Aku bermohon agar kepahitan yang aku telan ini memberi kemanisan buat semua kelak.
Andai benar antara kami memang tiada jodoh, ENGKAU tabahkanlah hati ku serta keluargaku.
ENGKAU tutuplah aib kami sekeluarga daripada malu.
Terkadang aku tertanya, mengapa ujian ini KAU beri kepadaku dan bila aku renung setajamnya, ya KAU berikan ini semua kepadaku kerana KAU tahu aku mampu.
Ya Allah, aku cuma bermohon agar ketabahan hati kami sekeluarga dapat redha atas segalanya.
Benar kata orang mencintai manusia memang indah tapi sangat perit bila kita kehilangannya kelak.
Lagi perit bila pemergian dia tanpa kerelaan hati.
Ya, aku akui atas segala khilafku pada-MU dan aku mengaku segala kesilapan yang aku lakukan ke atas dia namun KAU sahaja yang mampu merubah setiap hati dan perasaan ini.
Bantulah aku, aku bersujud kepada-MU Ya Rabb.
Hari-hari yang aku lalui semakin suram kerana pelangi hidupku telah tenggelam dengan kesalahan diriku sendiri.
Ketabahan dihatiku hanya ada kerana-MU.
No comments:
Post a Comment