Saturday, March 10

Bekas mencari bekas !



Bila diberi peluang engkau x hargai, bila bekas menjadi tunangan orang engkau mula mencari dan mengganggu seperti "orang hilang anak". Perlukah engkau menjadi begitu? Ke mana hilangnya ego engkau yang dulu wahai lelaki? Lepaskanlah dia terbang jauh ke dunianya sendiri untuk mencari ketenangan diri. Cukup wahai lelaki, sudah cukup engkau menyakiti perasaannya. Cukup juga kerana engkau dia banyak merana, namun engkau perlu tahu lelaki bahawasanya kejayaan dia serba sedikit telah tercipta atas usaha engkau yang sebelum ni banyak menasihatinya. Engkau bukan yang didendami oleh dirinya malah engkau juga bukan yang dibenci olehnya. Namun yang demikian, engkau perlu tahu peluang yang sebelum ini telah dia beri untuk engkau telah engkau sia-siakan dan sudah terlewat untuk engkau mendapatkan peluang yang kedua tersebut. Maaflah wahai lelaki.

No comments: