Showing posts with label Perasaan. Show all posts
Showing posts with label Perasaan. Show all posts
Sunday, May 27
cuma kata
Jauh, aku telah pergi jauh dari apa yang aku sendiri x sangka. Pemergian aku mungkin ada yang suka dan mungkin juga entahlah. Hidup aku sekarang banyak dihabiskan dengan menghadapkan diri kepada Ilahi, mungkin aku mula berfikir sampai bila aku ingin terus jadi bergini, sampai satu tahap aku perlu berubah dari negative to positive. Thats life, memang aku hanya manusia biasa yang terkadang dipandang ibarat boneka dipentas dunia namun ketahuilah bahawasanya aku juga ada hati serta perasaan untuk merasa dihargai, difahami, dikasihi, disayangi dan dihormati. Terkadang aku terfikir mengapa aku dipertemukan namun aku perlu sedar x ada apa yang dapat aku persoalankan kerana setiap yang berlaku dan terjadi pasti ada hikmah disebaliknya. Mungkin suram diluar namun indah di dalam dan mungkin juga indah di luar namun sangat suram di dalam. Namun aku yakin apa yang telah aku ketemui ini adalah apa yang aku ingin, ye alhamdulillah aku syukur sangat pada yang Esa. Bila aku renung dan muhasabah diri sebentar baru aku tersedar akan ayat yang pernah aku dengar di mana mereka sering berkata "Allah x memberi apa yang kita harapkan tapi Allah memberi apa yang kita perlukan". Yes thanks Allah sb apa yang KAU berikan adalah apa yang aku perlukan. Bila aku sunyi aku akan merasa diri ini kosong namun x lama kemudian pasti akan ada hamba Allah yang datang dan membimbing aku untuk terus bangkit tanpa perlu toleh siapa yang sedang cuba untuk menjatuhkan mahupun menindasku. Ini aku tuju buat ibu aku yang sering menjadi hamba-NYA yang menyedarkanku bahawa ramai lagi perlukan aku.
Tuesday, March 20
Kau & Aku
Aku memerlukan seseorang yang boleh memahami aku. Dalam buku ilmiah yang aku baca kebanyakannya akan mengatakan bahawasanya kehadiran seseorang isteri mahupun suami dalam perhubungan pernikahan itu adalah untuk mengisi kekosongan yang ada antara mereka berdua. Ada juga yang mengatakan kehadiran itu akan diisi oleh pasangan untuk menguatkan semangat apabila salah seorang darinya jatuh untuk dibangkitkan kembali. Namun mengapa tiba-tiba aku berperasaan bahawasanya sukar untuk kau fahami aku, mengapa sukar untuk kau mengerti aku. Hahaha mcm lagu plak, cukup-cukuplah bella layan perasaan LORL kau tu.
*Lazy evening monday with dizzy fenzy
Subscribe to:
Posts (Atom)